Friday 27 June 2014

TAHUKAH ANDA



Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah ...maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE" Kepada rakan rakan yang lain. Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
INSYAALLAH..

Thursday 26 June 2014

Bukit Broga, Semenyih


Bukit Broga - 10 Jun 2014

Assalamualaikum, hari ini nak bercerita tentang trip memanjat Bukit Broga. Lokasi Bukit Broga ni berada di Semenyih Selangor. Perjalanan dari rumah kami (Putra Heights, Subang Jaya) mengambil masa kira-kira 1 jam. 

Kami bercadang untuk bertolak dari rumah jam 6.00 pagi, tetapi disebabkan menyiapkan anak-anak kami bertolak jam 7.00 pagi. Sesampai di kaki Bukit Broga dalam jam 8.00 pagi kami lihat kurang kendaraan (hari bekerja) dan kami risau juga takut-takut sesat sebab saya & anak-anak baru pertama kali memanjat Bukit Broga (En. Hubby dah kali kedua). En Hubby bagi tahu trek nampak bila cerah, InsyaAllah tak sesat.

Tempat letak kereta yang luas di bawah pohon-pohon kelapa sawit dengan bayaran masuk cuma RM 2.00. Terdapat juga kemudahan awam seperti surau dan tandas awam. Mengikut cerita En Hubby, kalau masuk awal pagi (dalam jam 4.00 - 6.00 pagi) ada penjual menjual peralatan untuk mendaki seperti lampu suluh dan lain-lain peralatan.



Kami memulakan perjalanan dengan En Hubby buat senaman ringan (5 minit pun tak sampai) supaya kami tidak mengalami kecederaan yang tak dijangka. Disebabkan teruja dengan pendakian (macam tinggi je) Bukit Broga, sampai kami terlupa nak bawa minum. En Hubby terpaksa patah balik kekereta untuk mengambil bekalan air.


Wirawan & Wirawati ngah bersiap sedia nak menawan Bukit Broga (Abg & adik tak lupa bergaya dengan Headbuff).


Tepat jam 8.15 pagi kami memulakan perjalanan. Kami sampai di papan tanda menunjukkan sejauh 1.7 km untuk sampai ke puncak bukit (adoi...harap-harap sampai la puncak) di laluan pokok-pokok kelapa sawit. Kalau nak lagi adventure boleh la mencuba ke Gunung Tok Wan (4.8 km), tapi kami cuma nak menawan bukit je.


Mengikut cerita En Hubby, perjalanan memanjat Bukit Broga ni kalau non-stop cuma mengambil masa dalam setengah jam. Kami sekeluarga terpaksa berhenti-henti untuk mengambil gambar (kononnya, padahal nak amik angin, dah tak larat) untuk kenangan.


Rehat jap...amik gambar

Kan nak amik gambar (padahal dah tak larat time ni)

Boleh tak laluan ni..ni laluan sebelum sampai ke Puncak No. 1 Bukit Broga


Kami tiba di Puncak No. 1 Bukit Broga jam 9.15 pagi. Bermakna kami cuma mengambil  selama 1 jam termasuk sessi bergambar & mengambil nafas. Boleh tahan juga bila pemandangan di Puncak No. 1 ni.




Tak ramai di sini mungkin disebabkan keadaan dah semakin panas dan ramai yang telah turun. Semasa perjalanan naik tadi memang ramai orang selisih ngan kami termasuk ada rombongan pelajar kolej dan pelajar sekolah rendah. Keadaan disini banyak batu besar dan pemandangan memang menawan. Saya tertanya-tanya mungkin cantik pemandangan matahari terbit dari sini. InsyaAllah, jika ada rezeki saya akan cuba kembali untuk melihat sendiri pemandangan matahari terbit.





Saya berminat dengan papan tanda Bendera (Al-Liwa') & Panji (Ar-Rayah) Rasulullah SAW seperti didalam gambar ini. En Hubby paling berminat sehingga bergambar dengan bendera dan membuat pic profile dia. Salam & salawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kami bersyukur kerana dapat pengetahuan tentang Bendara & Panji Rasulullah.



Tepat jam 10.45 kami memulakan perjalanan turun dari Bukit Broga kerana cuaca telah mendung khuatir jalan licin. Sampai je di kaki bukit, En Hubby menujukkan isyarat lapar dan kami terus mencari kedai makan di Pekan Semenyih. Sekian untuk kali ini..


Wednesday 25 June 2014

perjalanan pulang

Alhamdullilah puas dah bercuti kini masa untuk pulang ke sarang,Kembali dengan aktiviti harian.Tapi... sebelum pulang ke selangor kita pekena dulu raja buah ni.johor memang terkenal dengan dusun durian.Percutian kami ke johor bahru kali ini memang langkah kanan,Durian-durian baru mula jatuh.




Makan durian fresh terus dari dusun,Memang terbaik,Siap tapaw bawa balik ke selangor..huhihu
hope lain kali boleh balik bercuti.

Tuesday 24 June 2014

Aktiviti memancing di rumah rakit kongkong johor bahru


Assalammu'alaikum,Apa kabar pembaca-pembaca sekalian,terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya yang tak berapa ni. Banyak betul gambar kabur dan gelap ape hal lak ni? Maaf kali ni gambar memang tak cantik,Di sebabkan waktu malam dan angin yang agak kuat.
Trip memancing di rumah rakit kongkong johor bahru,agak mencabar,Perjalanan boleh tanah jauh redah hutan, Redah estet.Puas juga mencari jalan masuk kerana ini pertama kalinya kami ke sana. Bagi anda yang ingin beriadah sambil memancing saya amat shorkan anda pergi ke tempat ini,Tapi pada yang ingin membawa kanak-kanak saya shorkan pergi pada siang hari.Jalan masuk amat berliku,hutan dan estet mesti di tempuh baru lah boleh sampai ke lokasi.Terdapat banyak rumah rakit disini,Rasanya ada 6-7 jeti.
saya dah tak ingat apa nama rumah rakit yang kami pergi,tapi boleh tengok salah 1 gambar yang ada banner dibawah.Rumah rakit yang kami kunjungi ini memang sangat selesa,Luas,Tak payah risau jika anak-anak anda berlari berkejaran.2X rumah banglo saiznya,Tandas yang selesa,Di sediakan chelet-chelet jika ingin bermalam,Harga pun tidak lah mahal mana rm20 ke rm30 bezanya katil lebih.Ada juga beranda-beranda jika anda tidak bersama keluarga,atau bujang-bujang sahaja,sebaiknya tidak perlu sewa chelet berandanya besar muat 3-4 oang tidur.harga masuk  seorang dewasa rm15 tapi di tempat lain ada yang rm20 kanak-kanak bawah 12tahun percuma,tapi tidak pasti di rumah rakit yang lainnya.



12 Batang joran berlabuh sekaligus,Barulah puas hati otai-otai tu.


Jika ingin berkunjung kesini talifon sahaja nombor-nombor yang tertera di banner tu,oner akan bagi direction menuju lokasi.

Sepulangnya kami dari rumah rakit ke jeti,Ada dah yang menanti meminta belas kasihan....ramai pula tu..huhuhu..alhamdullilah banyak juga hasil pancingan tetapi tidak sempat untuk ambil gambar.Maklum bawa askar-askar,Semua nak kena perhatikan takut-takut jatuh ke laut,Askar-askarnya pula semua macam lipas kudung..apa-apa pun memang terbaik tempat ni..

Monday 23 June 2014

Hadiah dari Tadika Putra Farish Zaki...Happy Father's Day..


walau pun dah lepas lama hari bapa tapi nak jugak buat entry ni,Almaklum bz memanjang tak sempat nak menaip.Pada hari bapa kemaren si bongsu bawa balik sandwich dari sekolah khas untuk ayahnya.Nampak muka en.suami macam terharu sangat sweet je,walau pun hanya sandwich tapi rasa itu saya dapat rasakan,coz saya selalu dapat hadiah ayahnya jarang-jarang... huhuhuhu..Okeylah!  doa Mama dan anak-anak untuk ayah,Semoga ayah panjang umur murah rezki di beri kesehatan dan umur yang panjang serta di permudahkan segala urusan, mudah-mudahan segala pengorbanan ayah di berkati oleh allah subhannahuwataala..amin 
Terima kasih Yang tak terhingga untuk segala-galanya love u... dari anak-anak dan mama.

Sunday 22 June 2014

Makan durian di dusun dulu sebelum memancing #pontianjohor

Assalam pada pengunjung-pengunjung blog Mayahs Collection,Ari ni nak sambung cerita bercuti-cuti ke jb kemaren.Ni trip pergi memancing ke pontian.Sebelum sampai kelokasi,terrnampak pula orang jual durian.
Almaklum pontian memang kawasan dusun durian.Apa lagi suruh pemandu berenti lah kan...kita bedal dulu durian yang baru jatuh pagi tu.Sekilo hanya rm2 ke rm3 ringgit sahaja.




Terrbaaaeekk


Dah puas makan durian,kami bergerak kelokasi
Taman Rekreasi Awam Rambah terletak di kuala Sungai Rambah, Kampung Rambah, di daerah Pontian.
Di barat taman ini ialah Selat Melaka, di selatannya ialah Kampung Parit Bilal Laut, dan di utaranya pula ialah Kampung Rambah. Ia terletak di kuala Sungai Rambah di tepi laut Selat Melaka. Sungai Rambah membelah dan membahagi Kampung Rambah. Jarak taman ini dari bandar Pontian hanya lebih kurang 10 km arah ke selatan (Kukup). Apabila sampai di jambatan Sungai Rambah, belok ke kanan menghala ke barat. Taman ini terletak lebih kurang 500 meter dari jalan besar Pontian-Kukup.



Ini la dia bigboss AKA en,suami,kunun posing maut nak tunjuk pelampung.Hari memang agak panas so en,suami habis lilit muka dengan headbuff,Takut-takut muka berbelang macam yang sudah-sudah.                        

Ada pula yang datang nak mintak,heemm..sedekahlah kan,amik le yang cenonet tu..Tapi...Sombooongg
dia cuit je,pastu blah..boring kot orang hari-hari sedekah ikan jenis tu kat dia.huhuhu



Ini sebahagian hasil pancingan mereka,malas nak ambik gambar sebok menyembang gosip-gosip hangat dengan kakak kesayanganku..hehehe
Lokasi ni memang seronok dijadikan tempat readah sambil memancing.

Friday 20 June 2014

telekung lycra lace baru restok









dapatkan telekung lycra dengan harga RM65 SAHAJA!! harga tidak termasuk pos
berminat boleh whatapp saya di 018-224 7884 (pn maya)

Ramadhan is cominggg!!


Thursday 19 June 2014

ulang tahun perkahwinan yang ke 6


Syukur alhamdullilah kita sampai ke tahap ini, semoga kita kuat untuk menghadapi cabaran yang selanjutnya ye YANG, saling melengkapi kekurangan masing2,tq kerana sabar dengan kerenah sy selama ni, semoga allah perkenankan doa sy,untuk hidup disamping awak hingga nafas terakhir sy..terima kasih yang tak terhingga pada kawan2 dan keluarga yang mendoakan kebahagiaan kami..amin