Showing posts with label MAYAHS COLLECTION. Show all posts
Showing posts with label MAYAHS COLLECTION. Show all posts

Friday, 20 June 2014

telekung lycra lace baru restok









dapatkan telekung lycra dengan harga RM65 SAHAJA!! harga tidak termasuk pos
berminat boleh whatapp saya di 018-224 7884 (pn maya)

Tuesday, 17 June 2014

rempeyek rangup home made

Stok rempeyek baru masuk,masih panas lg.. 1balang rm20 sahaja COD ONLY kawasan kota kemuning putra heights. berminat sila whatapp ke 018-224 7884(pn maya)


Sunday, 8 June 2014

Beli arm sleeve / sarung lengan borong

Assalammu'alaikum

Salam sejahtera,Ok,kali ini saya ingin menghuraikan tetang pembelian arm sleeve dengan harga borong.
Arm sleeve yang kami jual adalah universel,Ada saiz,Meterial kain lycra berkualiti dengan tiga jenis warna pilihan.HITAM,BIRU dan KELABU.Menariknya arm sleeve ini kosong,sesuai untuk dicetak brand di arm sleeve.Bagian getah semestinya selesa.tidak seperti sarung lengan yang lain,Agak sakit mencengkam.
harga sepasang RM35. jika beli secara borong minimum 6pasang,1pasang hanya RM27 .Jika melebihi 6pasang harga jatuh ke RM25 sahaja.

Berikut contoh arm sleeve

Untuk pertanyaan lebih lanjut sila whatapp ke 018-224 7884 (pn.maya) atau ke 019-282 8180 (en.fitri)

Friday, 6 June 2014

Tempah headbuff terus dari kilang

Assalam

Hari ini saya ingin menerangkakan serba sedikit tentang pembelian HEADBUFF secara borong.Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan barangan outdoor, Headbuff adalah salah satu barangan yang menarik untuk di jual.Para pemancing tegar,penunggang basikal,penunggang motorsikal dan lain-lain yang menyukai hobi berkenaan outdoor amat meminati headbuff. sesuai untuk dibuat design kelab atau grup milik anda.Harga sehelai hanya RM10 (harga masih boleh runding). Minimum tempahan 100 helai. Mengapa harus dengan kuantiti yang banyak?? tak boleh beli sikit-sikit ke?, Kerana kami tempah terus dari kilang pembuat headbuff.Namun begitu boleh di campur-campur dan kos penghantaran adalah PERCUMA.untuk rundingan lebih lanjut sila whatapp saya di talian 018-224 7884 (pn.maya) atau 019-282 8180 (en.fitri)

Berikut contoh-contoh headbuff
































Thursday, 5 June 2014

ingin membeli barang secara borong?

Assalammu'alaikum

kepada semua pengunjung blog saya yang dihormati dan dikasihi.
Alhamdullilah semakin hari semakin meriah perniagaan Mayahs Collection,Syukur ke hadirat ilahai yang memberikan razeki. Akhir-akhir ini ramai yang bertanya pelbagai barang kami dengan pembelian secara BORONG. Ok, Mayahs Collection sedia menawarkan pembelian borong untuk semua jenis telekung kain lycra, Headbuff, Arm Sleeve. Kami menawarkan pembelian borong dengan harga berpatutan. Kos penghantaran anda tanggung,boleh pilih sendiri sama ada POS LAJU atau POS DOMESTIK. 
Sila kunjungi fanpage kami https://www.facebook.com/Mayahcollection untuk melihat perkembangan terkini.
Untuk headbuff dan arm sleeve saya akan terangkan lebih diteal di entry lain.Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh email ke mayahscollection@gmail.com. PM saya di https://www.facebook.com/profile.php?id=100000819069491 atau whatapp saya di 018-224 7884 (pn.maya) 


Wassalam.
yang benar : pn.maya herlinda suzana

Monday, 2 June 2014

#headbuff #scull #motorcycleteam #monster #armsleeve #topi

Stok #headbuff #scull #motorcycleteam #monster #armsleeve #topi dapatkan di Mayahs Collection. Dengan harga yang berpatutan. Sila ke fanpage kami untuk melihat perkembangan terbaru,Mana tahu masa anda menjenguk fanpage kami sedang mempromosikan koleksi-koleksi yang kami ada. 






Sunday, 25 May 2014

rempeyek home made #sedapgiler

Asallammu'alaikum Pin...pinn..pinnn..peyek..peyek..peyekk..sapa nak beli peyek..stok suda mari berminat Pm/Whatapp untuk buking tempahan,Rasa di jamin mengancam.

*P/S MODEL TU TAK JUAL K

Ni dia peyek homemade 1 balang 70pcs, Oder dulu,baru kita adun dan goreng.Xkan jumpa kat luar rasa mcm ni,Rempah,Kacang dan ikan bilis semua terasa..susah nak jumpa rasa yg sedap mcm ni.Nipis,Rangup,Rempahnya menawan selera,Bila masuk ke dalam mulut terkenang zaman kanak-kanak dulu,Masa berhari raya.Sekarang susah nak jumpa rasa yang sempurna macam ni,Kadang tu ikan bilis xde la,Kacang kurang la,Rempah kurang la,Masin la.  


1 Balang 20pcs RM20
harga tidak termasuk kos pos


Dapatkannya di Mayahs Collection segera.
atau whatapp ke 018-224 7884(puan maya) 
Tempahan untuk hari raya akan di tutup seminggu sebelum puasa 

Friday, 23 May 2014

tamak on

Nk pasang 1 lg skrin biar 2-2 FB boleh nampak haha..tamak2! 
#myoffice


Ni la office saya yang tak berapa nak besar,Tapi cukuplah untuk saya menjalankan perniagaan saya dengan selesa,Encik suami nak pasangkan lagi 1 skrin pc untuk mudah melihat kedua-dua akaun facebook yang saya ada katanya.Terima kasih pada encik suami kerana sudi membantu dalam segala hal.

Jom usha-usha fanpage Mayahs Collection, Mana tahu sedang ada promosi menarik

Saturday, 3 May 2014

Ulasan Kelas Asas Blog, Fanpage & Iklan Mudah.My

Assalamu'alaikum
Saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa, mempunyai seorang anak gadis yang comel berumur 12tahun dan dua orang anak bujang yang macam-macam kerenah, masing-masing berumur 11tahun dan 5tahun. Ibu saya tinggal serumah dengan saya jadi sementara saya bekerja anak-anak di jaga oleh ibu. Dulu saya bekerja dalam bidang makanan, oleh kerana anak yang berumur 5tahun saya itu telah mula memasuki alam persekolahan dan merasa segala tanggung jawab di rumah terabai, saya memutuskan untuk berhenti bekerja. Pada mula saya berhenti kerja, saya membantu suami menguruskan perniagaan makanan beliau.Pelbagai dugaan dihadapi namun akhirnya perniagaan kami bermasaalah. Saya menyuarakan keinginan saya pada suami untuk tidak mahu mengurus lagi perniagaan.
Kehidupan yang sentiasa bekerja dulu membuatkan saya bosan untuk duduk diam sahaja. Saya berfikir apa yang perlu saya lakukan selain dari menjadi surirumah sepenuh masa. Akhirnya saya terpikat dengan bisnes perniagaan telekung online kepunyaan adik suami saya. Saya memulakan perniagaan telekung dengan menjadi ejen dropship,tetapi saya hanya berniaga secara offline sahaja. Akhirnya dari main-main untuk menghilangkan bosan saya mula seronok tetapi dugaan datang sekali lagi apabila adik ipar saya telah berpindah ke Qatar atas urusan kerja.
Saya mula buntu untuk berniaga apa lagi. Suami menyarankan agar saya cuba berniaga sendiri dengan modal sendiri. Saya mula berniaga online dan juga offline, kali ini bukan satu produk sahaja yang saya jual, tetapi apa saja yang boleh di jual saya akan jual. Namun bukan mudah untuk mempelajari dunia perniagaan online,saya pula tidak ramai sahabat di facebook, dan ini membuatkan saya mula risau.
Saya selalu terbaca status-status puan Zaila Mohamad, saya tertarik dan mula melihat ke wall beliau. Kebanyakan status beliau bercerita tetang perniagaan online dan bagaimana mahu berniaga online.Jadi suami menyarankan agar saya bertanya terus kepada beliau. Saya menceritakan masalah saya pada puan Zaila dan beliau meyarankan saya agar mengambil pakej "belajar kelas asas blog, fanpage & iklan mudah.my .
Kelas ini merupakan kelas 100% menggunakan Bahasa Melayu, agak mudah difahami kerana saya bukanlah orang yang hebat dalam Bahasa Inggeris dan dalam pengetahuan computer. Saya juga pernah ke kelas offline puan Zaila iaitu di rumahnya. Banyak tips dan cara-cara membina perniagaan di internet, cara asas menulis di blog dengan betul, cara berniaga di fanpage dan cara letak iklan di mudah.my telah diberikan kepada saya. Barulah saya tahu berniaga online bukan hanya di facebook sahaja dan bukannya perlu 24 jam menghadap komputer sahaja untuk mengepos gambar peniagaan kita. Dulu, walaupun saya telah mempunyai fanpage,blog dan akaun Mudah.my tetapi saya tidak tahu cara bagaimana menggunakannya, inilah kelemahan diri saya. Saya tahu membuat kesemua akaun tetapi tidak tahu cara untuk memainkan perniagaan di situ.
Puan Zaila juga mengajar online sesuai bagi saya yang tiada masa untuk pergi ke mana-mana ini. Sambil berniaga pun saya boleh belajar di kelas online beliau sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya apa bila saya buntu. Walau pun pelajaran kelas saya telah berakhir tetapi puan Zaila sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat-nasihat yang positif, nasihat yang boleh diguna pakai di dalam perniagaan.
Dengan mengikuti kelas asas ini kini saya tidak lagi perlu 24 jam menghadap komputer, kehidupan saya teratur,kerja-kerja rumah selesai,saya mempunyai masa untuk keluarga dan untuk pergi ke kelas pengajian al-quran & tajwid yang saya ikuti dan yang paling penting peniagaan saya berjalan lancar.
Apa pun yang kita lalukan harus ada mentor dan mentor itu penting.
kata-kata nasihat oleh Dr Azizan Osman saat saya dan suami mengikuti seminar beliau di Kuala Lumpur masih terngiang-ngiang di telinga saya, benar sekali...Wang bukan ukuran untuk kita menimba ilmu. Jadi kepada anda yang mempunyai masalah sama seperti yang saya alami, jom sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH dengan mengikuti kelas-kelas asas berniaga yang mereka anjurkan.
Sekian ulasan saya mengenai kelas asas blog,fanpage & iklan mudah.my .
Semoga ianya bermanfaat untuk anda.

Bagi yang berminat menyertai boleh daftar melalui saya  (yuran RM250)
Untuk kelas asas blog,Fanpage & iklan mudah.my
Terdapat pelbagai pakej-pakej lain.
Untuk pertanyaan sila whatapp di 018-224 7884 ( Pn.maya )
Pm saya di https://www.facebook.com/profile.php?id=100000819069491
Atau email di mayahscollection@gmail.com


Friday, 2 May 2014

EJEN DROPSHIP DI PERLUKAN

bismillahirrohmannirrohim
assalammu'alaikum
Kami sedang mencari sesiapa yang berminat untuk sertai team kami secara dropship untuk menjual telekung lycra yang sedang hangat di pasaran sekarang.“100% Tanpa RISIKO! Anda Tidak Perlu Keluar Modal, Tidak Perlu Simpan Stok Dan Tidak Perlu Menghantar/Membungkus Barang”
Anda Hanya Perlu Promosi Telekung Kami Dan Terima Komisyen Setelah Berjaya Melakukan Jualan.

Syarat2 utama:

1. Berdikari
2. Pandai merebut peluang
3. Sentiasa tingkatkan sales
4. Sentiasa ingin belajar
5. Tidak takut untuk berbisnes
6. Jujur
7. Kretif
8. Mesra pelanggan
9. Tidak mudah putus asa

Kami mencari anda yang mempunyai kriteria di atas untuk bersama kami.
Hanya untuk yang betul-betul berminat sahaja ya.....
pendapatan telekung lycra yang sangat LUMAYAN!!!!!!!!!!!!!!
Pastikan anda pukul SALE untuk bulan puasa...........

JOM RAYA SAKAN DENGAN HANYA UNTUNG DROPSHIP!!!!
Insyallah....
whatapp /wechat 018-224 7884 / pm di facebook atau fanepage. 

Saturday, 26 April 2014

TELEKUNG LYCRA MURAH-MURAH



Assalamualaikum semua, Mayahs Collection menawarkan harga yang berpatutan untuk telekung.
Telekung keluaran Mayahs Collection special kerana anda boleh dapatkan telekung kain lycra
dengan corak-corak terkini.
Antara keistimewaan telekung yang dijual oleh Mayahs Collection ialah :

# KAIN LYCRA YANG BERKUALITI
# HARGA YANG BERPATUTAN
# TIDAK PANAS
# TIDAK MELEKAT DI BADAN
# TIDAK JARANG
# BAHAGIAN KEPALA BERGETAH / OUNING
# SANGAT SELESA DIPAKAI
# KAIN LEMBUT
# TIDAK AKAN BERKEDUT


BEST & MENARIK bukan ?? ciri2 yang ada pada Telekung keluaran Mayahs Collection.
HARGA????? Jangan RISAU!!! Sebab HARGA yang ditawarkan sangat2 berpatutan.
dan sudah termasuk kos penghantaran. Murah sahaja :)

Oleh itu jom santai2kan masa anda semua untuk menerjah blog kami untuk melihat koleksi2 yang ada.
 happy shopping . TQVM



jom jalan-jalan ke fanepage kami https://www.facebook.com/Mayahcollection?ref=hl

Tuesday, 22 April 2014

Menarik di Mayahs Collection

Asalammu'alaikum kepada Pelanggan Mayahs Collection yang dihormati dan dikasihi.
Di Mayahs Collection kami menjual pelbagai jenis barangan dan pakaian terkini.
Antaranya Telekung Solat kain Lycra pelbagai jenis dan kualiti kain yang  bermutu tinggi.


Telekung Lycra Nurkasih

Telekung Corak


Telekung Pelangi



Telekung Lycra Lace



Telekung Lycra Plain


Kain Lycra yang sangat berkualiti, lembut, tidak panas, tidak melekat di tubuh, tidak jarang,
pelbagai warna dan corak pilihan, sangat selesa digunakan ketika solat.
Kami juga menawarkan pembelian secara borong dengan harga yang amat berpatutan dan terjangkau.
Tidak perlu ke Vietnam atau mana-mana pemborong yang mungkin akan memperbanyakkan lagi kos atau modal juga tenaga dan masa anda.

Selain itu, kami juga menjual pelbagai Outdoor Head Buff. Ianya adalah sejenis pakaian seperti topi (sila rujuk gambar).


 

           



Outdoor Head Buff sesuai untuk lelaki dan juga wanita.
Pelbagai rekaan Outdoor Head Buff untuk di miliki,
sesuai untuk melindungi muka atau kepala anda.
Sangat sesuai semasa aktiviti luar seperti memancing, berbasikal,
menunggang motorsikal, memanjat gunung dan beriadah di pantai.
Untuk wanita sesuai dijadikan anak tudung/Inner atau membuat sanggul tiruan. Head Buff ini sangat selesa  bila dipakai. Tidak ketat di kepala, terdapat pelbagai rekaan,
corak-corak yang menarik dan terkini.
Kami juga menawarkan pakej Head Buff dengan harga berpatutan dan terjangkau.





Mayahs Collection juga menjual Kain Pasang English Cotton yang berkualiti tinggi 100% Cotton Asli




English Cotton / Designer Cotton : Threadcount padat. Tidak berbulu setelah dibasuh berkali-kali. Material kain tidak berkilat. Ketebalannya sederhana tetapi masih lembut. Tidak memerlukan lining atau pemakaian camisole. Masih sesuai dibuat baju kurung asli, jubah dan sebagainya sama ada untuk dewasa mahupun kanak kanak.
Ini adalah pandangan secara umum. Namun begitu English Cotton mempunyai pelbagai jenis gred dan kualiti. Setiap gred & kualiti memberikan definasi yang berbeza.
Pelbagai warna dan corak yang menarik untuk dijadikan koleksi almari pakaian mengikut citarasa anda.

Banyak lagi yang Mayahs Collection tawarkan untuk anda,
Untuk melihat koleksi atau mengetahui pakej-pakej yang kami tawarkan silalah kunjungi Fanpage Mayahs Collection Di Facebook https://www.facebook.com/Mayahcollection

Selamat membeli belah di Mayahs Collection.