Saturday 31 May 2014

MEMANG TAK KAN MAKAN LAGI BENDA NI!!!

Tak sangka pulak  coklat cadbury dairy milk ni ada mengandungi bahan dari khinzir patutlah sedap sangat.
Lepas ni memang tak kan beli lagi produk cadbury ni..















Friday 30 May 2014

Senarai makanan terfemes di johor

Percayakah anda bahawa di antara senarai di bawah ini, ianya merupakan makanan / minuman terfemes di Johor?


*ABC Kampung Melayu
*Yong Taufu Kampung Melayu
*Mee Rebus Stulang Laut
*Mee Rebus Haji Wahid
*Mee Rebus Lan Janggut
*Satey Wak Radol
*Satey Taman Molek
*Satey Muo
*Otak-otak Kempas
*Keropok Lekor Mersing
*Bubur Nasi No. 1 Taman Sentosa
*Khatira Abu Bakar
*Siakap 3 Rasa Senibong
*Siakap Steam Asam Sayam Stulang
*Sup Tulang ZZ
*Kebab & Kimah Pakistan Pasar Borong Pandan
*Nasi Ayam Penyet Benafe
*Nasi Ayam Penyet LC Catering
*Steambot Dataran
*Steambot RAWA
*Asam Pedas Padang Tembak Kluang
*Chicken Chop Hutan Bandar
*Mee Racun Batu Pahat
*Sambal Belangkas Mahkota Kota Tinggi
*Ikan Bakar Sabak Awor Muar
*Botok-botok Muar
*Mee Bandung Muar
*Mee Sanggul/Mee Siput Muar
*Briyani Gam Batu Pahat
*Murtabak Larkin
*Kacang Pool Larkin Bomba
*Nasi Ambang Mat Corner BBU
*Asam Pedas Botak Lumba Kuda/Blue Wave
*Sup Air Tawar 5 Kota Tinggi
*Nasi Lemak Wak Kentot Kulai
*Sup Merah Tmn U
*Nasi Ujang Kluang
*Mak Jah Bakso Bandar Penawar
*Mee Udang Tjg Langsat
*Asam Pedas Parit Jawa
*Satey Traffic Light Tmn Yayasan Segamat
*Putu Bambu Air Hitam
*New Bandung Odeon Batu Pahat
*Gado-gado Warong Saga
*Chicken Chop Hua Mui
*Chicken Chop It Roo
*Roti Banjir Azmi Corner
*Otak2 Jln Storey
*Baby Crab/Sotong Bazar/Sotong Kangkung/Ice Jelly Tepian Tebrau
*Nasi Padang Lido
*Asam Pedas Kolam Pak Akob Senibong
*Ayam Penyet Pasir Putih
*Ikan Goreng Rahmat Pasir Gudang
*Briyani Mohd Shah, Benteng, Batu Pahat
*Durian Goreng Larkin
*Nasi Lemak Berlauk Senibong
*Burger Bakar No. 1 Bukit Indah
*Roti Bai Jalan Dhoby
*Tapai Ubi Felda Waha




p/s: HUARGHH!! TETIBA SAYA LAPOOOO! RAKYAT JOHOR TOLONG HULUR SORG SINGGIT BLANJA SAYA MAKAN BOLEH TAK? HAHAHA.
kredit kepada : persatuan bangsa johor fanpage

Thursday 29 May 2014

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W.


                                                           

Israk MikrajIsrak Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya.

Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj 

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil-Aqsa) 

Sepanjang perjalanan (Israk) itu, Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: 
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. 
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.   
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan)
    Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. 

    Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut:
    • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang2. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. 
    • Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).  
    • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).
    • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. 
    • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami. 
    • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba. 
    • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. 
    • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali2. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. 
    • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. 
    • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. 
    • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai hiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 
    • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia2kan umurnya sampai ke tua. 
    • Seorang perempuan bongkok 3 menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
    Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian Baginda masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat 2 rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

    Rasulullah SAW terasa dahaga lalu dibawa Jibrail 2 bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

    Semasa Mikraj (Naik ke Hadratul-Qudus Menemui Allah SWT) 

    Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). 

    Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang2 yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. 

    Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

    Langit Ke-3: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS. 

    Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS. 

    Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. 

    Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi2. Seterusnya dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. 

    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu denan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

    Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haula Wala Quwwata Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah 5 kalimah, iaitu Subhanallah, Wal-Hamdulillah, Wa La Ilaha Illallah Allahu Akbar dan Wa La Haula  Wa La Quwwata Illa Billahil - 'Aliyyil-'Azhim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

    Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah di Mekah). 

    Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi pemata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta Malik penunggunya. 

    Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Baginda dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur' Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

    Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

    Allah SWT: Ya Muhammad.

    Rasulullah: Labbaika.

    Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 

    Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata2 dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

    Allah SWT: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik2 umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan 7 ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat2 di akhir surah al-Baqarah sebagai satu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji2 Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji2mu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu 50 (waktu) sembahyang. 

    Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas 9 kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

    Selepas Mikraj

    Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya Baginda turun ke Baitul-Maqdis lalu menunggang Buraq ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira2 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

    Wednesday 28 May 2014

    Feedback customer rempeyek home made

    Alhamdullilah syukur pada allah yang memberi rezeki, feedback dari customer tentang produk rempeyek kami.Rempayek home made ni memang sedap,Rasanya cukup sempurna.sekali makan nak lagi dan lagi dan lagi.Terima kasih pada mereka yang membeli.





    Tuesday 27 May 2014

    Testimoni dari pelanggan Mayahs Collection


    Testimoni hedbuff dari pelanggan kami.. Alhamdullilah mereka berpuas hati



    Ini pula testimoni telekung lycra lace,Syukur alhamdullilah yang tak terhingga terima kasih kerana membeli belah di mayahs collection.


    Mari dapatkan pelbagai headbuff dan telekung lyca dengan harga berpatutan dan terjangkau di Mayahs Collection. Sila ke fanpage untuk mengetahui informasi terkini kami https://www.facebook.com/Mayahcollection 

    Monday 26 May 2014

    comelkan dia :)


    As salam,Comelkan telekung lycra corak ni?yang pakai pun memang cantik n comel.Ini puan nor lizawati tukkiran,Puan liza adalah guru mengaji al-quran dan tajwid saya,Saya hadiahkan telekung lyca corak ni pada puan liz,tanda terima kasih saya pada beliau kerana mengajar kami anak beranak ilmu allah.Alhamdullilah puan liza suka. (feedback puan liz TERIMA KASIH KAK,AMAT SELESA) :) 


    Dapatkan telekung lycra corak,Pelbagai warna yang menarik di Mayahs Collection. Dengan harga yang terjangkau dan Kunjungi fanpage kami https://www.facebook.com/Mayahcollection. Untuk mendapatkan perkembangan terkini dan promosi-promosi terkini.
    wassalam..




    Sunday 25 May 2014

    rempeyek home made #sedapgiler

    Asallammu'alaikum Pin...pinn..pinnn..peyek..peyek..peyekk..sapa nak beli peyek..stok suda mari berminat Pm/Whatapp untuk buking tempahan,Rasa di jamin mengancam.

    *P/S MODEL TU TAK JUAL K

    Ni dia peyek homemade 1 balang 70pcs, Oder dulu,baru kita adun dan goreng.Xkan jumpa kat luar rasa mcm ni,Rempah,Kacang dan ikan bilis semua terasa..susah nak jumpa rasa yg sedap mcm ni.Nipis,Rangup,Rempahnya menawan selera,Bila masuk ke dalam mulut terkenang zaman kanak-kanak dulu,Masa berhari raya.Sekarang susah nak jumpa rasa yang sempurna macam ni,Kadang tu ikan bilis xde la,Kacang kurang la,Rempah kurang la,Masin la.  


    1 Balang 20pcs RM20
    harga tidak termasuk kos pos


    Dapatkannya di Mayahs Collection segera.
    atau whatapp ke 018-224 7884(puan maya) 
    Tempahan untuk hari raya akan di tutup seminggu sebelum puasa 

    Saturday 24 May 2014

    KENAPA SAYA MAKAN SUPPLEMENT TAPI LAMBAT NAMPAK HASIL ??

     (Kawan Saya Makan Jadi, Testimoni Banyak..saya Makan, Tk jadi Pun...takutlah Nak Makan, Tk Jadi Nanti,membazir Je..)
    1.Tidak mengikut dose yg ditetapkan
    - Certain badan kita mampu untuk ambil suplmnt yg high dose.ada yg x mampu.sbb tu naik ruam.jerawat.so pada permulaan ambil suplmnt cuba pada dose sedikit dhulu.selepas 3 hri.bru tmbh dose..klo tibe 2 naik ruam tu ha.high dose la tu.cuba kurangkan x pun bnyakkn minum air masak

    2.kurang minum air masak
    - ini paling penting..beli suplemnt mahal2 tpi malas minum air masak..makan suplemnt pastu bgtau naik jerawat.ble tnya minum bapa liter air masak.1 liter.smpai asyik ke toilet.adoi..x ckup tu dikk
    paling kurang pun 3 liter..macam sy sendri sbb ada toksin bnyk dlm badan sy minum 5 liter..asyik ke toilet lepas minum..itu perkara biasa..makin kerap buang air kecil makin bnyk la toksin terbuang.jgn just mkn suplmnt.yg lain x jaga.
    3.Tidak istiqamah
    - hari pertama semngat makan.hari ke 3 ke 4 mula la ada lopong2 .terlupa ambil time pagi .terlupa ambil time malm..kena disiplin kan diri..suplmnt buykan tuk cantik je tpi tuk badan anda.
    4. Pengambilan kafein
    - ada yg peminat tegar kopi,teh nescafe..x snggup nak tinggalkan minuman favourite anda.so please jgn mkn suplmnt sbb nnti membazir.klo awk mkn supplment then minum plak kafein mmg x kemana khasiat tu sbb kafein tu dah serap Khasiat Vitamin C..dan Amat Penting Yg Anda Perlu tahu Di Sini, Glutathione Tak Berfungsi Tanpa Kehadiran Vitamin C Yg Cukup(Mesti Ikut Nisbah Berapa Byk Vitamin Yg Cukup Dgn Gluta, Kalau Tak Seimbang, Yg Lebih Tu Sia Sia Je..so Jgn Ingat Amik Gluta Berkepekatan Tinggi Tu Berkhasiat,berkesan..mana Nk Berkesan Kalau Tk Cukup Nisbanye)..akan Jadi bahan Kumuh..terus Jadi Faeces Je Nanti..rugi Pula...sbb tu la kesan pun x nampak..Anda nak cntik, nak sihat cuba kurangkan kafein klo tinggalkan terus lgi bagus...hohohoho..
    Nak cntik, Nak Sihat, Kena Lah Jaga Pemakanan..
    Makanan Sekarang Byk Penambah Rasa,perisa, Pewarna, Lemak Dan Tak Segar



    Friday 23 May 2014

    tamak on

    Nk pasang 1 lg skrin biar 2-2 FB boleh nampak haha..tamak2! 
    #myoffice


    Ni la office saya yang tak berapa nak besar,Tapi cukuplah untuk saya menjalankan perniagaan saya dengan selesa,Encik suami nak pasangkan lagi 1 skrin pc untuk mudah melihat kedua-dua akaun facebook yang saya ada katanya.Terima kasih pada encik suami kerana sudi membantu dalam segala hal.

    Jom usha-usha fanpage Mayahs Collection, Mana tahu sedang ada promosi menarik

    Thursday 22 May 2014

    TIPS MENGUBATI ANAK DEMAM



    1) Mandikan anak dengan kerap
    Kalau nak tau, sebelum ni saya ingat budak demam tak elok mandi. Rupenye lagi kerap mandi lagi elok. Cuma cara mandi kena betul.
    - Suhu air mandian kena pada suhu yang anak-anak selesa. Seeloknya air suam. Sebab kalau badan panas sangat, tiba-tiba kena air sejuk takut suhu badan drop mengejut dan mendatangkan ketidakselesaan. Cuba kalau kita sendiri demam, badan tengah panas, kenakan kulit kat air paip. Mesti rasa seram sejuk semacam kan. Padahal kalau tak demam ok je, tak rasa apa pun...
    - Siram bermula dari kaki bawak ke badan last sekali kepala. Ha yang ni tips paling penting. Ingat ye, mula mandi dengan kaki. Bukan kepala dulu last sekali kaki.
    - Mandikan anak 5-10minit. Jangan lama sangat takut menggigil sejuk pulak nanti.
    - Selepas mandi, lap sikit-sikit je. Biarkan air di badan anak tersejat sendiri. Kalau saya, saya pakaikan pampers je lepas tu upah susu dan anak tertidur sementara badan nak kering. Actually anak lagi mudah tertidur selepas mandi sebab dah selesa suhu badan kembali normal. Cuba check suhu badan before and after mandi, insyaAllah ada perubahan yang ketara.
    Kaedah mandi ni saya banyak praktikkan di siang hari. Kadang-kadang 3 jam sekali mandi. Kalau malam, buat masa ni tak la. Sebab umur anak baru 9 bulan. Kalau dah besar sikit boleh kot mandikan malam.
    2) Sentiasa lap badan anak dengan tuala basah.
    Yang ni memang wajib buat untuk elakkan suhu badan anak naik lebih tinggi. Mungkin perlu 3 ke 4 helai kain basah. Letak kain basah kat belakang tengkuk, dahi, kawasan berlipat (ketiak, belakang lutut). Tekap-tekap je tau, bukan gosok badan anak dengan kain tu. Kalau rajin boleh buat air asam jawa/air daun bunga raya yang diramas, lumur kat kepala anak. Cek suhu badan setiap 10-15 minit. Kalau makin tinggi mungkin boleh terus mandikan.
    Ok, yang tu dari segi penjagaan luaran. Kalau dari pemakanan, antara yang boleh ibubapa beri kepada anak yang sedang demam ialah:
    1) Minum air masak secukupnya. Makin banyak makin bagus. Lagi bagus kalau ditiupkan selawat ke atas nabi, selawat syifa atau potongan ayat-ayat suci Al-quran.
    2) Minum air zam-zam. Baca bismillah dan selawat ke atas nabi. Niatkan supaya Allah sembuhkan anak dan keluarkan segala penyakit yang ada di tubuhnya.
    3) Makanan sunnah: habbatus sauda/madu/kurma/kismis/minyak zaitun/buah delima/badam etc.
    Insyaallah, dengan ada Doa,Usaha,Ikhtiar,dan tawakkal, dengan izin Allah, Allah akan menyembuhkan segala penyakit, Semoga Bermanfaat, Silakan SHARE

    jom shopping di fanpage kami
    jangan lupa like untuk mengikuti perkembangan kami.tq

    Wednesday 21 May 2014

    mari bersedekah walau hanya sisa makanan kita



    Betul tu..bukan nak minta banyak atau semua..cuma nak rasa sedikit rezeki yang allah beripada kita tu... Ini tidak, sudahlah dia hilang suara merayu, makanan tak jatuh pun kelantai tapi penendang yg sampai.. Berbuat baik dengan haiwan pun akan dikira sedekah juga.

    Tuesday 20 May 2014

    CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00



    Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!
    selamat mencuba, SHARE n LIKE utk SAHABAT anda 

    Lepas baca jangan lupa ke fanpage Mayahs collection terdapat pelbagai barangan menarik
    Jom https://www.facebook.com/Mayahcollection

    Monday 19 May 2014

    TIPS SIHAT


    Kawan-kawan, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran supaya kita dapat vitamin dan mineral untuk menyihatkan tubuh dan menjauhkan penyakit berbahaya!

    Tambahan pula, buah-buahan seperti tembikai, pisang, oren dan betik sangat sedap rasanya. Jom makan sayur dan buah!






    Dapatkan pelbagai headbaff menarik di Mayahs Collection 
    jangan lupa like ye.

    Sunday 18 May 2014

    jom perbetulkan bacaan al-fatihah kita :)

    Surah AL-FATIHAH merupakan bacaan dalam salah satu rukun solat. Jika tidak betul bacaannya, dibimbangi akan menjejaskan solat kita.

    INFO:
    Lebih kurang terdapat 27 kesalahan tajwid (rujuk gambar) yang biasa berlaku di kalangan kita dalam bacaan AL-FATIHAH. Berikan pendedahan ilmu tajwid ini kepada anak-anak anda sempena cuti persekolahan 

    nanti.




    Sambil-sambil itu jangan lupa jengok fanpage kami like sekali tau

    Saturday 17 May 2014

    TIPS SIHAT

     Nak jadi sihat, cergas dan otak cerdas? Senang sahaja. Kawan-kawan hanya perlukan kismis dan air minuman. Ikutlah langkah ini:
    1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
    2. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman.
    3. Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan.

    Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas dan mata yang sihat!




    Jom jalan-jalan ke fanpage Mayahs Collection

    Friday 16 May 2014

    testimoni telekung lycra lace

    Assalammu'alaikum pada 10 may kemaren kami dapat 1 kiriman testimoni dari pelanggan.
    Tapi dia cuma hantar 1 gambar aje, Dia beli 2 pasang telekung lycra lace koleksi terbaru Mayahs Collection.
    Cantik kan? yang pakai pun comel sesuai untuk dia,Sehelai lagi untuk ibunnya katanya belum buka lagi.
    Alhamdullilah pelanggan berpuas hati dengan telekung kain lycra koleksi kami.Diharap selepas ini ada banyak lagi testimoni seperti ini, Untuk kenangan kami.


    Jom la usha-usha telekung lycra lace di fanpage kami, Ada banyak warna dan pilihan menarik
    Mana tahu anda jengok saat kami membuat promosi,Selalunya setiap minggu dan hari-hari istimewa kami akan membuat promosi secara mengejut. Klik link untuk ke fanpage Mayahs Collection 


    Thursday 15 May 2014

    Jom sama-sama kita berubah

    Sesiapa pun takkan sempurna. Sentiasa alpa melakukan dosa. Siapa yang lebih baik adalah yang menangisi dosa-dosanya dan mahu berubah ke arah kebaikkan. Jom rakan wanita , kita semak dan inshaallah kita sama-sama perbetulkan mana yang salah




    Jangan lupa singgah ke fanpage kami juga

    Tuesday 13 May 2014

    BERHATI-HATI MEMILIH PRODUK KECANTIKAN ANDA


    Ladies and gentlemen ... Berhati-hati dalam memilih product kecantikan. Kena fikir untuk jangka masa yg panjang.

    Ingat tau, result yg cepat x semestinya kekal.. Untuk dapatkan kulit sihat dan cantik, perlukan kesabaran dan investment. Kalau sanggup invest pada baju, kasut, handbag, rambut, shades etc.. apa salahnya invest utk muka juga..




    kredit for sis Rozila Md Repin beauty consultant mary kay





    jom singgah cuci mata di fanpage Mayahs Collection
    jangan lupa like















    Monday 12 May 2014

    DARI KEMAPAN KE SUNGAI KINCIN

    As salam..
    Hari ni saja nak tunjuk Encik suami dan team tracking masuk hutan sambil memancing Pada 1 hingga 4 may kemaren. Seramai 14 orang telah menyertai team ini. Kalau dah nama tracking tu tentu banyak yang di bawakan? Bagi saya agak mencabar dan seronok,Pengalaman yang advanture,Menikmati keindahan hijaunya hutan,Bertemu dengan pelbagai haiwan liar..



    Ini dia semua wajah-wajah yang menyertai team tracking sambil memancing.

    Hari pertama katanya berjalan hampir 8jam,Hari yang amat memenatkan so ini saja gambar yang dapat

    Mereka tidak bertapak di satu lokasi sahaja, berpindah randah sehingga tiga lokasi tapak kemah.



    Inilah hasil tangkapan disana, Suami cerita yang masak memang hebat, Walau bahan untuk dimasak terbatas,Dia mampu memasak dengan rasa yang lazat.
    TERRBAEEKK.

    Masan untuk pulang.



    Kredit buat empunya gambar.

    Itulah dia pengalaman kali pertama encik suami masuk hutan,Yang sedih, Balik-balik buka baju tengok badan aduhh..,Penuh dengan gigitan pacat,Encik suami juga beberapa mengalami kejang kaki semasa berada di hutan almaklum pertama kali katakan. PERINGATAN ya kawan-kawan, sebelum melakukan aktiviti luaran seperti ini,
    Pastikan kesemua ubat-ubatan dibawa,Pergi saja ke farmasi berdekatan tanya sahaja apa ubat yang perlu di bawa jika masuk hutan selama sekian dan sekian. kakitangan farmasi tau nak bagi ubat apa.
    wassalam.


    jom jalan-jalan ke fanpage kami 
    cuci mata dengan pelbagai headbuff



    Sunday 11 May 2014

    BAHAYA TAG IKLAN PADA KAWAN FACEBOOK ANDA

    Assalamualaikum,
    Seringkali peniaga online begitu teruja untuk mentag mahupun menambah kenalan sesuka hati (maksudnya secara rambang) add friend dan mengtag gambar produk kita. Cara ini sebenarnya boleh mengundang perasaan tidak suka atau paling bahaya jika ada sesetengah mereka yang akan membuat laporan kepada facebook dan pihak facebook akan mengambil tindakan dengan memblock akaun kita.
    Untuk menambah kenalan, ada caranya. Saya sendiri jarang meng "add friend" orang lain melainkan mereka sendiri yang add saya. Sebab itu agaknya kawanan kenalan saya tak cecah 1000 orang pun. Yang penting saya mahu cari kawanan yang betul-betul berminat untuk berkenalan dengan kita dan bukannya mereka yang hanya tambah kita untuk tujuan berniaga sahaja.
    Oleh itu, saya sentiasa memastikan setiap entri di blog saya akan diletakkan nama, no telefon dan akaun facebook. Ini adalah cara saya mempromosikan diri saya tanpa perlu menambah atau mentag mereka yang saya kenali atau melakukannya secara rawak di dalam facebook. Jika mahu berbisnes juga perlu ada etika iaitu memahami dan bertolak ansur tentang privasi orang lain
    Semoga bermanfaat.

    kredit kepada guru online puan zaila mohamad


    jom jalan-jalan ke fanpage kami 

    Saturday 10 May 2014

    PUISI UNTUK IBU

    IBU~ ~ IBU ~ ~ ENGKAULAH RATU HATIKU...
    BILA KU BERDUKA ENGKAU HIBURKAN SELALU~ ~
    IBU ~ ~ IBU ~ ~ ENGKAULAH RATU HATIKU ~ ~


    Ibu...
    adalah wanita yang telah melahirkanku
    merawatku
    membesarkanku
    mendidikku
    hingga diriku telah dewasa

    Ibu...
    adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
    tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
    tatkala perutku terasa lapar dan haus
    tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

    Ibu...
    adalah wanita yang penuh perhatian
    bila aku sakit
    bila aku terjatuh
    bila aku menangis
    bila aku kesepian

    Ibu...
    telah ku pandang wajahmu diwaktu tidur
    terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan
    terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
    terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
    terdapat sinar kelelahan karena aku

    Aku yang selalu menyibukkanmu
    aku yang selalu menyita perhatianmu
    aku yang telah menghabiskan air susumu
    aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

    Ibu...
    engkau menangis karena aku
    engkau sedih karena aku
    engkau menderita karena aku
    engkau kurus karena aku
    engkau korbankan segalanya untuk aku

    Ibu...
    jasamu tiada terbalas
    jasamu tiada terbeli
    jasamu tiada akhir
    jasamu tiada tara
    jasamu terlukis indah di dalam surga

    Ibu...
    hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
    karena jasamu
    tiada terbalas

    Hanya tangisku sebagai saksi
    atas rasa cintaku padamu


    SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU DISELURUH DUNIA..

    Friday 9 May 2014

    TESTIMONI DAN PENCAPAIAN MAYAHS COLLECTION


    assalammu'alaikum..alhamdullilah syukur kehadirat ilahi.

    ok entry kali ni bukan nak menunjuk atau belagak atau perasan hebat ye.
    saya tau ada orang lain lagi hebat dari saya, saya hanya peniaga online kecil-kecilan 
    hanya ingin berkongsi kegembiraan saya pada anda semua.

    ini hasil usaha saya pada bulan april. banyak lagi gambar sebenarnya tapi cukup ni aje dulu saya tunjuk.






     ini pula resit-resit






     dan ini testimoni yang sudi mengirimkan gambar mereka, yang lain banyak malu-malu.
     tapi tak apa, nantikan di entry yang lain.






     ini pula pesanan staff-staff habib jewel dari plaza angsana johor bahru





    yang paling seronok, saya dapat pelanggan pertama dari mudah.my bulan ni, hasil dari belajar di kelas asas blog, fanpage & iklan mudah.my, walau pun cuma 1 pelanggan tapi saya rasa ianya sudah berhasil, tidak lah sia-sia saya pergi belajar. mungkin nanti allah akan beri lagi rezeki di mudah.my




    alhamdullilah syukur pada allah yang memberi rezeki, pada anda yang baru menceburi bidang perniagaan

    hati harus cekal, 

    jangan mudah patah semangat. 

    nampak mudah tetapi bukan senang nak menjalaninya,

    harus tahu cara memasarkan produk anda. 

    harus ramah, mesra pelanggan,

    senantiasa berusaha, 

    jangan sesekali menipu, 

    jangan malu untuk belajar dan bertanya pada mereka yang berpengalaman,

    selalu baca ayat seribu dinar,

    solat itu penting.


    sampai disini sahaja dahulu cerita tentang hasil perniagaan dan usaha saya. diharapkan segala cerita-cerita tentang perniagaan di mayahs collection dapat menjadi pembakar semangat kepada peniaga-peniaga kecil seperti saya yang daif ini. wassalam


    Bagi yang berminat untuk belajar asas perniagaan online boleh daftar melalui saya (yuran RM250)
    Untuk kelas asas blog,Fanpage & iklan mudah.my
    Terdapat pelbagai pakej-pakej lain.
    Untuk pertanyaan sila whatapp di 018-224 7884 ( Pn.maya )
    Pm saya di https://www.facebook.com/profile.php?id=100000819069491
    Atau email di mayahscollection@gmail.com














    Thursday 8 May 2014

    KHASIAT DAN KEBAIKAN KUNYIT

    Khasiat dan kebaikan kunyit
    Assalamualaikum guys... Kunyit merupakan bahan yang sangat penting dalam masakan dan minuman. Selain warna + bentuknya, khasiat dan kelebihan kunyit sangat2 menakjubkan. Tahukah kita bahawa kunyit dapat merawat pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit KANSER?

    Nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah Curcumin kerana ia dapat memerangi KANSER + penyakit Alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. Selain daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi + sederhana tahap vitamin B6 + kalium. Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet yang sihat + seimbang.

    Kelebihan dan kebaikan KUNYIT

    1. Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar.
    2. Apabila digabungkan dengan bunga kobis, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada.
    3. Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru2.
    4. Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak2.
    5. Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.
    6. Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza.
    7. Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.
    8. Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan.
    9. Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri2 anti-radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid.
    10. Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel + mengurangkan kesan sampingan.
    11. Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas.
    12. Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah.
    13. Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.
    14. Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang..
    Cara membuat jus KUNYIT
    • Kunyit hidup dibersihkan kulitnya dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getah diluaran. Blend kunyit dengan 5 gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat tambah sedikit air lagi + asam keping + sedikit gula melaka ketul. Simpan dalam fridge. Minum suku cawan setiap pagi dan malam bersama selawat + Al Fatihah.
    • Jus ini sebaiknya diamalkan untuk pesakit KANSER. InsyaAllah.. mudah2an sembuh dengan perlahan2..
    Nota
    Kebaikan kunyit jika dimakan buat ulam atau minuman memang sangat baik untuk mereka yang mengalami penyakit KANSER. Selain daun belalai gajah, Daun tujuh bilah dan banyak lagi herba2 lain, KUNYIT juga harus diamalkan sekali. Buatkan jus atau makan mentah atau lebihkan kunyit dalam masakan.

    P.S. Orang perempuan juga ada minum jus kunyit untuk kesihatan rahim dan badan. Kita yang tidak sakit pun cubalah mengamalkan memakan unyit dengan kuantiti yang sederhana agar sihat sejahtera. Lebihkan kunyit dalam masakan yang menggunakan bahan ini. 

    Selamat menjaga kesihatan...

    jom singgah cuci mata di fanpage kami
    jangan lupa like ye.




    Wednesday 7 May 2014

    KHASIAT UBAT PERIUK

    Ketika dalam pantang, kita di galakkan untuk mengamalkan minum ubat periuk.Apa dia ubat periuk? Dulu-dulu ibu-ibu kita akan mengambil akar-akar kayu yang di rebus hingga mendidih. Air rebusan ini akan di beri minum untuk wanita dalam pantang.

    Apa khasiatnya?

    1. Menambah tenaga dan melancarkan semula perjalan darah wanita yang baru lepas bersalin
    2. Menaikkan seri muka dan menghindarkan wajah dari lesu dan pucat.
    3. Memperkuatkan dan melegakan otak
    4. Membina urat saraf
    5. Sakit pinggang
    6. Menghilangkan keletihan
    7. Menjalankan darah
    8. Membuang angin
    9. Menambah nafsu makan
    10. Menghilangkan bengkak2
    11. Lelah dan semput
    12. Mencegah lemah jantung
    13. Mencegah darah tinggi
    14. Mencegah kencing manis
    15. Pitam
    16. Sengal2
    17. Terutama bagi perempuan yang datang bulan tak tetap
    18. Senggugut
    19. Keputihan
    Peringatan: Perempuan yg hamil dilarang minum...


    Cara minumnya :
    hanya amalkan 1 gelas pada waktu pagi dan 1 gelas waktu petang.
    pahit memanglah pahit, ianya akar kayu, jika inginkan badan sehat luar dan dalaman haruslah minum ubat.
     
    tips :
    cara meminum agar tidak terlalu merasa pahit, tahan nafas saat minum, dan cepat-cepat bilas dengan air manis.
    beli ubat periuk yang bungkusannya ada gambar wanita memilih rempah ratus( pesan ayah saya)
    mungkin ianya lebih baik dari brand yang lain.

    ubat periuk ini bukan sahaja baik untuk wanita sahaja, ia juga baik untuk lelaki.
     
    antaranya :
    1. Menguatkan tenaga batin
    2. Memekatkan air mani

    ayah saya selalu berpesan agar mengamalkan ubat periuk walau pun bukan dalam pantang.
    sekarang ayah sudah berumur 75tahun alhamdullilah tiada penyakit-penyakit yang selalu di alami oleh warga emas zaman sekarang.



    Amalkan  selalu untuk kesehatan anda 

    jom singgah cuci mata di fanpage kami
    jangan lupa like ye.




    Tuesday 6 May 2014

    KHASIAT DAUN BUNGA RAYA



    Lendir daun bunga raya (daun diramas dengan mencampurkan sedikit air) boleh melebatkan dan menghitamkan rambut. Hanya perlu sapu lendiri itu pada rambut, biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa. Cara ini juga dapat menyejukkan kulit kepala.



    Lendir daun bunga raya juga elok untuk menurunkan suhu badan untuk orang yang tengah demam.

    Daun bunga raya boleh juga digunakan untuk merawat bisul, luka atau kegatalan pada kulit 


    Bunga raya yang telah direbus boleh digunakan untuk melegakan batuk dan selesema

    Bunga raya juga boleh dijadikan pewarna yang boleh digunakan untuk membuat biskut dan kek.



    selamat mencuba.

    jom singgah cuci mata di fanpage kami
    jangan lupa like ye.