Friday 25 April 2014

cara Penjagaan Telekung



Hari ni terdetik nak berkongsi pendapat tentang Tips penjagaan telekung. Sekadar berkongsi sahaja yer...Kalau ada di antara anda yang mahu memberikan komen atau pandangan dipersilakan kerana ilmu itu wajar dikongsi bersama kan?? :)

Okey, seperti yang kita sedia tahu, telekung ini kita akan pakai 5 kali sehari bukan?? Untuk menunaikan Solat Fardhu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan juga Isya’. Dalam islam juga kebersihan amatlah penting ketika mahu menghambakan diri kepada Allah Taala. Jadi kita bukan sahaja dituntut untuk berpakaian bersih dan kemas, malah telekung yang kita pakai juga haruslah bersih dan tidak berbau. Jika berbau, semestinya akan mengganggu konsentrasi diri dan orang lain disebelah kita. Tentu kita tidak mahu hal sebegini terjadi. :)

jom kita sama2 berkongsi tips bagaimana untuk menjaga kebersihan telekung :

Selepas selesai menunaikan solat, tentu di bahagian muka ada sedikit kelembapan bukan?? kalau boleh, selepas solat,
gantung lah telekung dengan menghadapkan bahagian muka telekung di depan supaya bahagian yg basah tu boleh kering (tanpa bertahi lalat )

Basuhlah sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Tapi jika rajin dan berkesempatan, basuhlah seminggu sekali, bukan apa untuk keselesaan kita semasa menunaikan solat :)

Jika ada telekung yang sudah mula ada tahi lalat, memang tiada cara lain untuk membersihkannya kecuali menggunakan cecairpeluntur.
AWAS!! Jangan rendam seluruh telekung yang bersulam warna kerana warna sulaman anda akan hilang.
Anda hanya perlu meletakkan cecair peluntur di bahagian yang bertahi lalat sahaja okey..
Sayang telekung yang cantik hilang warna sulamannya. Disebabkan telekung berwarna putih, elakkan daripada bercampur dengan baju berwarna ketika basuh kerana dikhuatiri akan terkena baju yang luntur warna.

selamat mencuba :)


jom jalan-jalan ke fanepage kami https://www.facebook.com/Mayahcollection?ref=hl



No comments:

Post a Comment