Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts
Friday, 27 June 2014
TAHUKAH ANDA
Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah ...maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)
Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE" Kepada rakan rakan yang lain. Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
INSYAALLAH..
Thursday, 26 June 2014
Bukit Broga, Semenyih
Bukit Broga - 10 Jun 2014
Assalamualaikum, hari ini nak bercerita tentang trip memanjat Bukit Broga. Lokasi Bukit Broga ni berada di Semenyih Selangor. Perjalanan dari rumah kami (Putra Heights, Subang Jaya) mengambil masa kira-kira 1 jam.
Kami bercadang untuk bertolak dari rumah jam 6.00 pagi, tetapi disebabkan menyiapkan anak-anak kami bertolak jam 7.00 pagi. Sesampai di kaki Bukit Broga dalam jam 8.00 pagi kami lihat kurang kendaraan (hari bekerja) dan kami risau juga takut-takut sesat sebab saya & anak-anak baru pertama kali memanjat Bukit Broga (En. Hubby dah kali kedua). En Hubby bagi tahu trek nampak bila cerah, InsyaAllah tak sesat.
Tempat letak kereta yang luas di bawah pohon-pohon kelapa sawit dengan bayaran masuk cuma RM 2.00. Terdapat juga kemudahan awam seperti surau dan tandas awam. Mengikut cerita En Hubby, kalau masuk awal pagi (dalam jam 4.00 - 6.00 pagi) ada penjual menjual peralatan untuk mendaki seperti lampu suluh dan lain-lain peralatan.
Kami memulakan perjalanan dengan En Hubby buat senaman ringan (5 minit pun tak sampai) supaya kami tidak mengalami kecederaan yang tak dijangka. Disebabkan teruja dengan pendakian (macam tinggi je) Bukit Broga, sampai kami terlupa nak bawa minum. En Hubby terpaksa patah balik kekereta untuk mengambil bekalan air.
![]() |
| Wirawan & Wirawati ngah bersiap sedia nak menawan Bukit Broga (Abg & adik tak lupa bergaya dengan Headbuff). |
Tepat jam 8.15 pagi kami memulakan perjalanan. Kami sampai di papan tanda menunjukkan sejauh 1.7 km untuk sampai ke puncak bukit (adoi...harap-harap sampai la puncak) di laluan pokok-pokok kelapa sawit. Kalau nak lagi adventure boleh la mencuba ke Gunung Tok Wan (4.8 km), tapi kami cuma nak menawan bukit je.
Mengikut cerita En Hubby, perjalanan memanjat Bukit Broga ni kalau non-stop cuma mengambil masa dalam setengah jam. Kami sekeluarga terpaksa berhenti-henti untuk mengambil gambar (kononnya, padahal nak amik angin, dah tak larat) untuk kenangan.
![]() |
| Rehat jap...amik gambar |
![]() |
| Kan nak amik gambar (padahal dah tak larat time ni) |
![]() |
| Boleh tak laluan ni..ni laluan sebelum sampai ke Puncak No. 1 Bukit Broga |
Kami tiba di Puncak No. 1 Bukit Broga jam 9.15 pagi. Bermakna kami cuma mengambil selama 1 jam termasuk sessi bergambar & mengambil nafas. Boleh tahan juga bila pemandangan di Puncak No. 1 ni.
Tak ramai di sini mungkin disebabkan keadaan dah semakin panas dan ramai yang telah turun. Semasa perjalanan naik tadi memang ramai orang selisih ngan kami termasuk ada rombongan pelajar kolej dan pelajar sekolah rendah. Keadaan disini banyak batu besar dan pemandangan memang menawan. Saya tertanya-tanya mungkin cantik pemandangan matahari terbit dari sini. InsyaAllah, jika ada rezeki saya akan cuba kembali untuk melihat sendiri pemandangan matahari terbit.
Saya berminat dengan papan tanda Bendera (Al-Liwa') & Panji (Ar-Rayah) Rasulullah SAW seperti didalam gambar ini. En Hubby paling berminat sehingga bergambar dengan bendera dan membuat pic profile dia. Salam & salawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kami bersyukur kerana dapat pengetahuan tentang Bendara & Panji Rasulullah.
Tepat jam 10.45 kami memulakan perjalanan turun dari Bukit Broga kerana cuaca telah mendung khuatir jalan licin. Sampai je di kaki bukit, En Hubby menujukkan isyarat lapar dan kami terus mencari kedai makan di Pekan Semenyih. Sekian untuk kali ini..
Wednesday, 25 June 2014
perjalanan pulang
Alhamdullilah puas dah bercuti kini masa untuk pulang ke sarang,Kembali dengan aktiviti harian.Tapi... sebelum pulang ke selangor kita pekena dulu raja buah ni.johor memang terkenal dengan dusun durian.Percutian kami ke johor bahru kali ini memang langkah kanan,Durian-durian baru mula jatuh.
Makan durian fresh terus dari dusun,Memang terbaik,Siap tapaw bawa balik ke selangor..huhihu
hope lain kali boleh balik bercuti.
Tuesday, 24 June 2014
Aktiviti memancing di rumah rakit kongkong johor bahru
Assalammu'alaikum,Apa kabar pembaca-pembaca sekalian,terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya yang tak berapa ni. Banyak betul gambar kabur dan gelap ape hal lak ni? Maaf kali ni gambar memang tak cantik,Di sebabkan waktu malam dan angin yang agak kuat.
Trip memancing di rumah rakit kongkong johor bahru,agak mencabar,Perjalanan boleh tanah jauh redah hutan, Redah estet.Puas juga mencari jalan masuk kerana ini pertama kalinya kami ke sana. Bagi anda yang ingin beriadah sambil memancing saya amat shorkan anda pergi ke tempat ini,Tapi pada yang ingin membawa kanak-kanak saya shorkan pergi pada siang hari.Jalan masuk amat berliku,hutan dan estet mesti di tempuh baru lah boleh sampai ke lokasi.Terdapat banyak rumah rakit disini,Rasanya ada 6-7 jeti.
saya dah tak ingat apa nama rumah rakit yang kami pergi,tapi boleh tengok salah 1 gambar yang ada banner dibawah.Rumah rakit yang kami kunjungi ini memang sangat selesa,Luas,Tak payah risau jika anak-anak anda berlari berkejaran.2X rumah banglo saiznya,Tandas yang selesa,Di sediakan chelet-chelet jika ingin bermalam,Harga pun tidak lah mahal mana rm20 ke rm30 bezanya katil lebih.Ada juga beranda-beranda jika anda tidak bersama keluarga,atau bujang-bujang sahaja,sebaiknya tidak perlu sewa chelet berandanya besar muat 3-4 oang tidur.harga masuk seorang dewasa rm15 tapi di tempat lain ada yang rm20 kanak-kanak bawah 12tahun percuma,tapi tidak pasti di rumah rakit yang lainnya.
12 Batang joran berlabuh sekaligus,Barulah puas hati otai-otai tu.
Jika ingin berkunjung kesini talifon sahaja nombor-nombor yang tertera di banner tu,oner akan bagi direction menuju lokasi.
Monday, 23 June 2014
Hadiah dari Tadika Putra Farish Zaki...Happy Father's Day..
walau pun dah lepas lama hari bapa tapi nak jugak buat entry ni,Almaklum bz memanjang tak sempat nak menaip.Pada hari bapa kemaren si bongsu bawa balik sandwich dari sekolah khas untuk ayahnya.Nampak muka en.suami macam terharu sangat sweet je,walau pun hanya sandwich tapi rasa itu saya dapat rasakan,coz saya selalu dapat hadiah ayahnya jarang-jarang... huhuhuhu..Okeylah! doa Mama dan anak-anak untuk ayah,Semoga ayah panjang umur murah rezki di beri kesehatan dan umur yang panjang serta di permudahkan segala urusan, mudah-mudahan segala pengorbanan ayah di berkati oleh allah subhannahuwataala..amin
Terima kasih Yang tak terhingga untuk segala-galanya love u... dari anak-anak dan mama.
Sunday, 22 June 2014
Makan durian di dusun dulu sebelum memancing #pontianjohor
Assalam pada pengunjung-pengunjung blog Mayahs Collection,Ari ni nak sambung cerita bercuti-cuti ke jb kemaren.Ni trip pergi memancing ke pontian.Sebelum sampai kelokasi,terrnampak pula orang jual durian.
Almaklum pontian memang kawasan dusun durian.Apa lagi suruh pemandu berenti lah kan...kita bedal dulu durian yang baru jatuh pagi tu.Sekilo hanya rm2 ke rm3 ringgit sahaja.
Terrbaaaeekk
Dah puas makan durian,kami bergerak kelokasi
Taman Rekreasi Awam Rambah terletak di kuala Sungai Rambah, Kampung Rambah, di daerah Pontian.Di barat taman ini ialah Selat Melaka, di selatannya ialah Kampung Parit Bilal Laut, dan di utaranya pula ialah Kampung Rambah. Ia terletak di kuala Sungai Rambah di tepi laut Selat Melaka. Sungai Rambah membelah dan membahagi Kampung Rambah. Jarak taman ini dari bandar Pontian hanya lebih kurang 10 km arah ke selatan (Kukup). Apabila sampai di jambatan Sungai Rambah, belok ke kanan menghala ke barat. Taman ini terletak lebih kurang 500 meter dari jalan besar Pontian-Kukup.
Ada pula yang datang nak mintak,heemm..sedekahlah kan,amik le yang cenonet tu..Tapi...Sombooongg
dia cuit je,pastu blah..boring kot orang hari-hari sedekah ikan jenis tu kat dia.huhuhu
Ini sebahagian hasil pancingan mereka,malas nak ambik gambar sebok menyembang gosip-gosip hangat dengan kakak kesayanganku..hehehe
Lokasi ni memang seronok dijadikan tempat readah sambil memancing.
Friday, 20 June 2014
Ramadhan is cominggg!!
Thursday, 19 June 2014
ulang tahun perkahwinan yang ke 6
Wednesday, 18 June 2014
Cuti - Cuti Malaysia
Salam Sejahtera Warga Blogger...
Sempena cuti sekolah baru-baru ini, penat juga planning ngan En Hubby nak kemana membawa anak-anak bercuti dan menghabiskan masa bersama anak-anak (sebenarnya nak abiskan duit & cuti En Hubby).
07 Jun 2014 - Paya Indah Wetlands
Tepat jam 11 pagi kami sampai ke Paya Indah Wetlands - Jabatan Perhutanan. Orang pun tidak ramai lagi. Tujuan kami sekeluarga adalah untuk berjalan-jalan sambil menikmati keindahan & kehijauan ciptaan Allah SWT. Tujuan En Hubby nak tinjau port mancing.
Sampai ke pintu masuk, Pak Guard menyuruh kami mendaftar di kaunter pendaftaran didalam. En Hubby la yg daftarkan kami sekeluarga dan kereta kami. Ingat ada bayaran, semuanya PERCUMA kecuali kalau ingin berbasikal perlu menyewa. Disini juga terdapat beberapa chelet untuk disewa. Jika ingin membuat aktiviti riadah bersama keluarga sesuai menyewa chelet dan bermalam disini. Kami tidak bercadang bermalam kerana kami ada aktiviti lain disebelah petang.
Paling terkejut, kami boleh memandu disekeliling tasik didalam kawasan ini (takder la berpeluh). Mula-mula kami singgah di Kolam yang terdapat Buaya Tembaga. Lebih kurang 5-6 ekor buaya yang terdapat didalam kolam pada masa ini. Anak saya ternampak buaya warnanya seakan keemasan, cuma saya tidak sempat merakam kelibat buaya tersebut. En Hubby juga nampak dan menyatakan ada seekor yang paling besar.
Berhadapan Taman Buaya, terdapat kandang Landak Raya. Tapi kesemua landak ini sedang berteduh kerana cuaca panas teramat. Besar-besar landak ni, kalau la landak ni macam kucing memang dah kene peluk.
Kemudian kami terus ke Menara Tinjau. Tinggi juga Menara Tinjau ni. Tak pasti la berapa ketinggian nya (tak sempat nak ukur). Kepada sesapa yang gayat dinasihati jangan ketas, sebab terasa betul tinggi kat atas Menara Tinjau ini. Angin dah pemandangan memang cantik bila berada diatas.
Selepas puas makan angin diatas Menara Tinjau kami turun dan terus ke kawasan Badak Air. Jenuh la anak kecil saya nak menyebut Hippopotamus. Dia sebut...hippopopopo (gelak ayah).
Walaupun tak banyak binatang semasa kami melawat Paya Indah Wetlands ini, kami tetap puas dengan kebersihan tempat ini. Biarpun dijaga, tetap nampak seperti semua secara semulajadi. Betapa indahnya ciptaan Allah (Subhanaullah).
Sempat singgah dicafe dan berbual dengan Kakak peniaga disana. Katanya bila petang ramai pengunjung akan datang untuk bersiar-siar dan mengambil gambar.
Terdapat juga surau untuk menunaikan solat dan tandas juga sempurna. Tepat jam 2 kami meninggalkan Paya Indah Wetlands dan En Hubby memasang angan-angan untuk mencuba memancing pada masa akan datang.
nantikan di entry yang lain cerita percutian kami......
Sempena cuti sekolah baru-baru ini, penat juga planning ngan En Hubby nak kemana membawa anak-anak bercuti dan menghabiskan masa bersama anak-anak (sebenarnya nak abiskan duit & cuti En Hubby).
07 Jun 2014 - Paya Indah Wetlands
![]() |
| Anak bergambar dengan bot Jabatan Perhutanan |
![]() |
| Sang Bedal - Buaya Tembaga |
![]() |
| Taman Buaya |
![]() |
| Macam tau-tau je orang nak amik pic dia |
![]() |
| Menara Tinjau |
![]() |
| Menara Tinjau |
![]() |
| Macam kereta mainan anak je dari atas Menara Tinjau |
![]() |
| Atas Menara Tinjau selfee sikit |
![]() |
| Badak Air - Hippopotamus |
![]() |
| Info Badak Air |
![]() |
| Habitat Badak Air |
![]() |
| Kunun2 nak baca map |
![]() |
| Sesat dah kita ni Mama.. |
![]() |
| Burung Paling Cantik - Burung Kasawari |
![]() |
| sang kancil |
Sampai ke pintu masuk, Pak Guard menyuruh kami mendaftar di kaunter pendaftaran didalam. En Hubby la yg daftarkan kami sekeluarga dan kereta kami. Ingat ada bayaran, semuanya PERCUMA kecuali kalau ingin berbasikal perlu menyewa. Disini juga terdapat beberapa chelet untuk disewa. Jika ingin membuat aktiviti riadah bersama keluarga sesuai menyewa chelet dan bermalam disini. Kami tidak bercadang bermalam kerana kami ada aktiviti lain disebelah petang.
Paling terkejut, kami boleh memandu disekeliling tasik didalam kawasan ini (takder la berpeluh). Mula-mula kami singgah di Kolam yang terdapat Buaya Tembaga. Lebih kurang 5-6 ekor buaya yang terdapat didalam kolam pada masa ini. Anak saya ternampak buaya warnanya seakan keemasan, cuma saya tidak sempat merakam kelibat buaya tersebut. En Hubby juga nampak dan menyatakan ada seekor yang paling besar.
Berhadapan Taman Buaya, terdapat kandang Landak Raya. Tapi kesemua landak ini sedang berteduh kerana cuaca panas teramat. Besar-besar landak ni, kalau la landak ni macam kucing memang dah kene peluk.
Kemudian kami terus ke Menara Tinjau. Tinggi juga Menara Tinjau ni. Tak pasti la berapa ketinggian nya (tak sempat nak ukur). Kepada sesapa yang gayat dinasihati jangan ketas, sebab terasa betul tinggi kat atas Menara Tinjau ini. Angin dah pemandangan memang cantik bila berada diatas.
Selepas puas makan angin diatas Menara Tinjau kami turun dan terus ke kawasan Badak Air. Jenuh la anak kecil saya nak menyebut Hippopotamus. Dia sebut...hippopopopo (gelak ayah).
Walaupun tak banyak binatang semasa kami melawat Paya Indah Wetlands ini, kami tetap puas dengan kebersihan tempat ini. Biarpun dijaga, tetap nampak seperti semua secara semulajadi. Betapa indahnya ciptaan Allah (Subhanaullah).
Sempat singgah dicafe dan berbual dengan Kakak peniaga disana. Katanya bila petang ramai pengunjung akan datang untuk bersiar-siar dan mengambil gambar.
Terdapat juga surau untuk menunaikan solat dan tandas juga sempurna. Tepat jam 2 kami meninggalkan Paya Indah Wetlands dan En Hubby memasang angan-angan untuk mencuba memancing pada masa akan datang.
nantikan di entry yang lain cerita percutian kami......
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)


















































