Monday, 28 April 2014

PERBAIKI CARA SOLAT KHAS UNTUK WANITA






Pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yang baik akan melahirkan peribadi yang baik.  Jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yang tak sempurna dan tak berkualiti.  

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sebelum menghadap Yg Esa.

1. 2 perkara yang elok dilakukan sebelum berniat untuk solat (sewaktu kita berdiri tegak) :

        a. Minit pertama - 

            Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita.
            Kenangkan kembali dosa-dosa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah-olah tak  

            layak untuk diberi peluang menghadap Yg Esa. Pendek kata, kesali diri sendiri dan  
            insaflah.

        b. Minit kedua - 

            Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh Yg Esa untuk  
            beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai 
            seorang islam, dilahirkan sebagai seorang islam, mempunyai Tuhan yg begitu 
            menyayangi hamba-hambanya yang hina ini lebih daripada seorang ibu menyayangi 
            anaknya.

2.  Setelah dilakukan kedua-dua perkara ini, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. 

     Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul-betulkan kain  
     sembahyang, telekung dan sebagainya. FOKUS. Lakukan solat dengan betul, penuh adab 
     dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita sebagai wanita dan selayak-layaknya adab 
     untuk menghadap Tuhan kita iaitu ALLAH.

3.  Mengangkat takbir ( ada 3 cara mengangkat takbir ) :


         a. Dgn meletakkan kedua-dua ibu jari di bawah cuping telinga
         b. Dgn meletakkan kedua-dua jari telunjuk di bawah cuping telinga
         c. Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua-dua lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan-syaitan yang berupa kambing hitam gemar bergayut-gayut di celah lengan (bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua-dua lengan dirapatkan, tiada ruang untuk mereka.


4.  Qiyyam  
     cara qiyyam yang betul ialah memposisikan tangan kiri ke atas sikit dari pusat (bukan
     menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah-olah menyentuh ulu hati. 
     Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak-agak selesa. Pastikan kedua-dua lengan
     adalah rapat mendekati badan.

5.  Rukuk  

     peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan.
     Kedua-dua tgn melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan
     kita di dalam posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan 
     sudut tepat.

6.  'Iktidal  

      tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat 
      tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

7.   Sujud  

      sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yang tertinggi". Tertib sujud ialah dengan
      meletakkan kedua-dua lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. 
      Kedua-dua tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit
      ruang terbuka di antara kedua-dua tangan dan di situlah dahi diletakkan.
      Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota 
      sujud yang 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat 
      jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

8.  Duduk antara 2 sujud (ada 2 cara ) :


         a. Papan punggung diletakkan di atas kedua-dua kaki
         b. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari
             menghadap kiblat.

9.  Bangun selepas sujud  

     duduk sebentar sebelum bangun, bukan dalam keadaan bangun menungging. Sekiranya
     menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan unutk membantu kita bangun
     atau guna kedua-dua tangan.

10.  Tahiyyat 

        mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh ( "laa ilaa ha ILLALLAH").
        Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

11.  Salam 

       tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin 
       sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga 
       ketika menoleh ke kiri.

12. Berdoa sesudah solat  

      seelok-elok duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua-dua kaki. 
      Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana 
      sekiranya kita berdoa dengan tangan yang tinggi dan mendongak ke langit, itu 
      melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap Yg Esa.

Sila perhatikan kain/telekung  yang digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri-ciri yg tertentu.  Antaranya:

1.  Tidak jarang. 

     Rata-rata kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang  
     jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. 
     Seelok-eloknya carilah kain telekung yang tidak jarang. 
     Ataupun dengan cara menggunakan 2 lapis kain atau memakai tudung di dalamnya. 
     Panas mungkin panas tapi biarlah solat itu diterima dan biarlah berbaloi. Biar susah 
     sekarang, jangan susah di sana kelak.

     Bagi yang bersolat di rumah, ada kalanya cuma berbaju sleeveless, pakailah anak telekung

     atau tudung labuh di dalam telekung,supaya bahu dan lengan tidak kelihatan warna kulit 
     jika diamati dari luar telekung.

2.  Sewaktu musafir. 

     ada muslimah yang  sekadar membawa telekung sahaja, apabila tiba waktu solat, cuma 
     kain di badan saja digunakan dan memakai stokin bagi menutupi kaki.  Cara ini memang 
     tidak salah, tapi pastikan stokin yang dipakai tidak jarang. Berkemungkinan sewaktu 
     sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan menampakkan warna kulit. Sebaik-
     baiknya pakai stokin yang tebal (stokin yang lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika 
     tiada, pakai 2 lapis.

3.  Kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang.
     Ada kerawang yang berlubang-lubang sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi 

     mereka yang berambut panjang, jika tidak ditutup betul-betul dengan serkup/anak 
     telekung, rambut-rambut ini akan terkeluar di celah-celah kerawang telekung. Oleh itu, 
     berhati-hatilah. 

Sama-samalah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. ‘Biar susah sekarang, jangan susah di sana kelak.'


## Kepada kaum lelaki, jika ada terbaca  tolong forwardkan pada isteri, anak-anak perempuan, kawan-kawan perempuan dan saudara anda.




jom jalan-jalan ke fanepage kami https://www.facebook.com/Mayahcollection?ref=hl




No comments:

Post a Comment