Wednesday, 18 June 2014

Cuti - Cuti Malaysia

Salam Sejahtera Warga Blogger...

Sempena cuti sekolah baru-baru ini, penat juga planning ngan En Hubby nak kemana membawa anak-anak bercuti dan menghabiskan masa bersama anak-anak (sebenarnya nak abiskan duit & cuti En Hubby).

07 Jun 2014 - Paya Indah Wetlands

Anak bergambar dengan bot Jabatan Perhutanan


Sang Bedal - Buaya Tembaga


Taman Buaya

Macam tau-tau je orang nak amik pic dia

Menara Tinjau
Menara Tinjau

Macam kereta mainan anak je dari atas Menara Tinjau

Atas Menara Tinjau selfee sikit

Badak Air - Hippopotamus


Info Badak Air

Habitat Badak Air

Kunun2 nak baca map


Sesat dah kita ni Mama..


Burung Paling Cantik - Burung Kasawari

sang kancil

Tepat jam 11 pagi kami sampai ke Paya Indah Wetlands - Jabatan Perhutanan. Orang pun tidak ramai lagi. Tujuan kami sekeluarga adalah untuk berjalan-jalan sambil menikmati keindahan & kehijauan ciptaan Allah SWT. Tujuan En Hubby nak tinjau port mancing.

Sampai ke pintu masuk, Pak Guard menyuruh kami mendaftar di kaunter pendaftaran didalam. En Hubby la yg daftarkan kami sekeluarga dan kereta kami. Ingat ada bayaran, semuanya PERCUMA kecuali kalau ingin berbasikal perlu menyewa. Disini juga terdapat beberapa chelet untuk disewa. Jika ingin membuat aktiviti riadah bersama keluarga sesuai menyewa chelet dan bermalam disini. Kami tidak bercadang bermalam kerana kami ada aktiviti lain disebelah petang.

Paling terkejut, kami boleh memandu disekeliling tasik didalam kawasan ini (takder la berpeluh). Mula-mula kami singgah di Kolam yang terdapat Buaya Tembaga. Lebih kurang 5-6 ekor buaya yang terdapat didalam kolam pada masa ini. Anak saya ternampak buaya warnanya seakan keemasan, cuma saya tidak sempat merakam kelibat buaya tersebut. En Hubby juga nampak dan menyatakan ada seekor yang paling besar.

Berhadapan Taman Buaya, terdapat kandang Landak Raya. Tapi kesemua landak ini sedang berteduh kerana cuaca panas teramat. Besar-besar landak ni, kalau la landak ni macam kucing memang dah kene peluk.

Kemudian kami terus ke Menara Tinjau. Tinggi juga Menara Tinjau ni. Tak pasti la berapa ketinggian nya (tak sempat nak ukur). Kepada sesapa yang gayat dinasihati jangan ketas, sebab terasa betul tinggi kat atas Menara Tinjau ini. Angin dah pemandangan memang cantik bila berada diatas.

Selepas puas makan angin diatas Menara Tinjau kami turun dan terus ke kawasan Badak Air. Jenuh la anak kecil saya nak menyebut Hippopotamus. Dia sebut...hippopopopo (gelak ayah).

Walaupun tak banyak binatang semasa kami melawat Paya Indah Wetlands ini, kami tetap puas dengan kebersihan tempat ini. Biarpun dijaga, tetap nampak seperti semua secara semulajadi. Betapa indahnya ciptaan Allah (Subhanaullah).

Sempat singgah dicafe dan berbual dengan Kakak peniaga disana. Katanya bila petang ramai pengunjung akan datang untuk bersiar-siar dan mengambil gambar.

Terdapat juga surau untuk menunaikan solat dan tandas juga sempurna. Tepat jam 2 kami meninggalkan Paya Indah Wetlands dan En Hubby memasang angan-angan untuk mencuba memancing pada masa akan datang.

nantikan di entry yang lain cerita percutian kami......  














No comments:

Post a Comment