Thursday, 26 June 2014

Bukit Broga, Semenyih


Bukit Broga - 10 Jun 2014

Assalamualaikum, hari ini nak bercerita tentang trip memanjat Bukit Broga. Lokasi Bukit Broga ni berada di Semenyih Selangor. Perjalanan dari rumah kami (Putra Heights, Subang Jaya) mengambil masa kira-kira 1 jam. 

Kami bercadang untuk bertolak dari rumah jam 6.00 pagi, tetapi disebabkan menyiapkan anak-anak kami bertolak jam 7.00 pagi. Sesampai di kaki Bukit Broga dalam jam 8.00 pagi kami lihat kurang kendaraan (hari bekerja) dan kami risau juga takut-takut sesat sebab saya & anak-anak baru pertama kali memanjat Bukit Broga (En. Hubby dah kali kedua). En Hubby bagi tahu trek nampak bila cerah, InsyaAllah tak sesat.

Tempat letak kereta yang luas di bawah pohon-pohon kelapa sawit dengan bayaran masuk cuma RM 2.00. Terdapat juga kemudahan awam seperti surau dan tandas awam. Mengikut cerita En Hubby, kalau masuk awal pagi (dalam jam 4.00 - 6.00 pagi) ada penjual menjual peralatan untuk mendaki seperti lampu suluh dan lain-lain peralatan.



Kami memulakan perjalanan dengan En Hubby buat senaman ringan (5 minit pun tak sampai) supaya kami tidak mengalami kecederaan yang tak dijangka. Disebabkan teruja dengan pendakian (macam tinggi je) Bukit Broga, sampai kami terlupa nak bawa minum. En Hubby terpaksa patah balik kekereta untuk mengambil bekalan air.


Wirawan & Wirawati ngah bersiap sedia nak menawan Bukit Broga (Abg & adik tak lupa bergaya dengan Headbuff).


Tepat jam 8.15 pagi kami memulakan perjalanan. Kami sampai di papan tanda menunjukkan sejauh 1.7 km untuk sampai ke puncak bukit (adoi...harap-harap sampai la puncak) di laluan pokok-pokok kelapa sawit. Kalau nak lagi adventure boleh la mencuba ke Gunung Tok Wan (4.8 km), tapi kami cuma nak menawan bukit je.


Mengikut cerita En Hubby, perjalanan memanjat Bukit Broga ni kalau non-stop cuma mengambil masa dalam setengah jam. Kami sekeluarga terpaksa berhenti-henti untuk mengambil gambar (kononnya, padahal nak amik angin, dah tak larat) untuk kenangan.


Rehat jap...amik gambar

Kan nak amik gambar (padahal dah tak larat time ni)

Boleh tak laluan ni..ni laluan sebelum sampai ke Puncak No. 1 Bukit Broga


Kami tiba di Puncak No. 1 Bukit Broga jam 9.15 pagi. Bermakna kami cuma mengambil  selama 1 jam termasuk sessi bergambar & mengambil nafas. Boleh tahan juga bila pemandangan di Puncak No. 1 ni.




Tak ramai di sini mungkin disebabkan keadaan dah semakin panas dan ramai yang telah turun. Semasa perjalanan naik tadi memang ramai orang selisih ngan kami termasuk ada rombongan pelajar kolej dan pelajar sekolah rendah. Keadaan disini banyak batu besar dan pemandangan memang menawan. Saya tertanya-tanya mungkin cantik pemandangan matahari terbit dari sini. InsyaAllah, jika ada rezeki saya akan cuba kembali untuk melihat sendiri pemandangan matahari terbit.





Saya berminat dengan papan tanda Bendera (Al-Liwa') & Panji (Ar-Rayah) Rasulullah SAW seperti didalam gambar ini. En Hubby paling berminat sehingga bergambar dengan bendera dan membuat pic profile dia. Salam & salawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kami bersyukur kerana dapat pengetahuan tentang Bendara & Panji Rasulullah.



Tepat jam 10.45 kami memulakan perjalanan turun dari Bukit Broga kerana cuaca telah mendung khuatir jalan licin. Sampai je di kaki bukit, En Hubby menujukkan isyarat lapar dan kami terus mencari kedai makan di Pekan Semenyih. Sekian untuk kali ini..


No comments:

Post a Comment