Assalammu'alaikum,Apa kabar pembaca-pembaca sekalian,terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya yang tak berapa ni. Banyak betul gambar kabur dan gelap ape hal lak ni? Maaf kali ni gambar memang tak cantik,Di sebabkan waktu malam dan angin yang agak kuat.
Trip memancing di rumah rakit kongkong johor bahru,agak mencabar,Perjalanan boleh tanah jauh redah hutan, Redah estet.Puas juga mencari jalan masuk kerana ini pertama kalinya kami ke sana. Bagi anda yang ingin beriadah sambil memancing saya amat shorkan anda pergi ke tempat ini,Tapi pada yang ingin membawa kanak-kanak saya shorkan pergi pada siang hari.Jalan masuk amat berliku,hutan dan estet mesti di tempuh baru lah boleh sampai ke lokasi.Terdapat banyak rumah rakit disini,Rasanya ada 6-7 jeti.
saya dah tak ingat apa nama rumah rakit yang kami pergi,tapi boleh tengok salah 1 gambar yang ada banner dibawah.Rumah rakit yang kami kunjungi ini memang sangat selesa,Luas,Tak payah risau jika anak-anak anda berlari berkejaran.2X rumah banglo saiznya,Tandas yang selesa,Di sediakan chelet-chelet jika ingin bermalam,Harga pun tidak lah mahal mana rm20 ke rm30 bezanya katil lebih.Ada juga beranda-beranda jika anda tidak bersama keluarga,atau bujang-bujang sahaja,sebaiknya tidak perlu sewa chelet berandanya besar muat 3-4 oang tidur.harga masuk seorang dewasa rm15 tapi di tempat lain ada yang rm20 kanak-kanak bawah 12tahun percuma,tapi tidak pasti di rumah rakit yang lainnya.
12 Batang joran berlabuh sekaligus,Barulah puas hati otai-otai tu.
Jika ingin berkunjung kesini talifon sahaja nombor-nombor yang tertera di banner tu,oner akan bagi direction menuju lokasi.
No comments:
Post a Comment