Sunday 22 June 2014

Makan durian di dusun dulu sebelum memancing #pontianjohor

Assalam pada pengunjung-pengunjung blog Mayahs Collection,Ari ni nak sambung cerita bercuti-cuti ke jb kemaren.Ni trip pergi memancing ke pontian.Sebelum sampai kelokasi,terrnampak pula orang jual durian.
Almaklum pontian memang kawasan dusun durian.Apa lagi suruh pemandu berenti lah kan...kita bedal dulu durian yang baru jatuh pagi tu.Sekilo hanya rm2 ke rm3 ringgit sahaja.




Terrbaaaeekk


Dah puas makan durian,kami bergerak kelokasi
Taman Rekreasi Awam Rambah terletak di kuala Sungai Rambah, Kampung Rambah, di daerah Pontian.
Di barat taman ini ialah Selat Melaka, di selatannya ialah Kampung Parit Bilal Laut, dan di utaranya pula ialah Kampung Rambah. Ia terletak di kuala Sungai Rambah di tepi laut Selat Melaka. Sungai Rambah membelah dan membahagi Kampung Rambah. Jarak taman ini dari bandar Pontian hanya lebih kurang 10 km arah ke selatan (Kukup). Apabila sampai di jambatan Sungai Rambah, belok ke kanan menghala ke barat. Taman ini terletak lebih kurang 500 meter dari jalan besar Pontian-Kukup.



Ini la dia bigboss AKA en,suami,kunun posing maut nak tunjuk pelampung.Hari memang agak panas so en,suami habis lilit muka dengan headbuff,Takut-takut muka berbelang macam yang sudah-sudah.                        

Ada pula yang datang nak mintak,heemm..sedekahlah kan,amik le yang cenonet tu..Tapi...Sombooongg
dia cuit je,pastu blah..boring kot orang hari-hari sedekah ikan jenis tu kat dia.huhuhu



Ini sebahagian hasil pancingan mereka,malas nak ambik gambar sebok menyembang gosip-gosip hangat dengan kakak kesayanganku..hehehe
Lokasi ni memang seronok dijadikan tempat readah sambil memancing.

No comments:

Post a Comment