Sunday, 11 May 2014

BAHAYA TAG IKLAN PADA KAWAN FACEBOOK ANDA

Assalamualaikum,
Seringkali peniaga online begitu teruja untuk mentag mahupun menambah kenalan sesuka hati (maksudnya secara rambang) add friend dan mengtag gambar produk kita. Cara ini sebenarnya boleh mengundang perasaan tidak suka atau paling bahaya jika ada sesetengah mereka yang akan membuat laporan kepada facebook dan pihak facebook akan mengambil tindakan dengan memblock akaun kita.
Untuk menambah kenalan, ada caranya. Saya sendiri jarang meng "add friend" orang lain melainkan mereka sendiri yang add saya. Sebab itu agaknya kawanan kenalan saya tak cecah 1000 orang pun. Yang penting saya mahu cari kawanan yang betul-betul berminat untuk berkenalan dengan kita dan bukannya mereka yang hanya tambah kita untuk tujuan berniaga sahaja.
Oleh itu, saya sentiasa memastikan setiap entri di blog saya akan diletakkan nama, no telefon dan akaun facebook. Ini adalah cara saya mempromosikan diri saya tanpa perlu menambah atau mentag mereka yang saya kenali atau melakukannya secara rawak di dalam facebook. Jika mahu berbisnes juga perlu ada etika iaitu memahami dan bertolak ansur tentang privasi orang lain
Semoga bermanfaat.

kredit kepada guru online puan zaila mohamad


jom jalan-jalan ke fanpage kami 

No comments:

Post a Comment