Wednesday, 7 May 2014

KHASIAT UBAT PERIUK

Ketika dalam pantang, kita di galakkan untuk mengamalkan minum ubat periuk.Apa dia ubat periuk? Dulu-dulu ibu-ibu kita akan mengambil akar-akar kayu yang di rebus hingga mendidih. Air rebusan ini akan di beri minum untuk wanita dalam pantang.

Apa khasiatnya?

  1. Menambah tenaga dan melancarkan semula perjalan darah wanita yang baru lepas bersalin
  2. Menaikkan seri muka dan menghindarkan wajah dari lesu dan pucat.
  3. Memperkuatkan dan melegakan otak
  4. Membina urat saraf
  5. Sakit pinggang
  6. Menghilangkan keletihan
  7. Menjalankan darah
  8. Membuang angin
  9. Menambah nafsu makan
  10. Menghilangkan bengkak2
  11. Lelah dan semput
  12. Mencegah lemah jantung
  13. Mencegah darah tinggi
  14. Mencegah kencing manis
  15. Pitam
  16. Sengal2
  17. Terutama bagi perempuan yang datang bulan tak tetap
  18. Senggugut
  19. Keputihan
Peringatan: Perempuan yg hamil dilarang minum...


Cara minumnya :
hanya amalkan 1 gelas pada waktu pagi dan 1 gelas waktu petang.
pahit memanglah pahit, ianya akar kayu, jika inginkan badan sehat luar dan dalaman haruslah minum ubat.
 
tips :
cara meminum agar tidak terlalu merasa pahit, tahan nafas saat minum, dan cepat-cepat bilas dengan air manis.
beli ubat periuk yang bungkusannya ada gambar wanita memilih rempah ratus( pesan ayah saya)
mungkin ianya lebih baik dari brand yang lain.

ubat periuk ini bukan sahaja baik untuk wanita sahaja, ia juga baik untuk lelaki.
 
antaranya :
  1. Menguatkan tenaga batin
  2. Memekatkan air mani

ayah saya selalu berpesan agar mengamalkan ubat periuk walau pun bukan dalam pantang.
sekarang ayah sudah berumur 75tahun alhamdullilah tiada penyakit-penyakit yang selalu di alami oleh warga emas zaman sekarang.



Amalkan  selalu untuk kesehatan anda 

jom singgah cuci mata di fanpage kami
jangan lupa like ye.




5 comments:

  1. Ubat periuk nie minum selepas makan atau sebelum makan ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minum masa perut kosong..setengah jam sblm mkn

      Delete
  2. Jika period boleh tak minom air nie

    ReplyDelete
  3. Untuk period boleh minum ke .. Atau pon time period kena stop jap

    ReplyDelete